Last updated: June 2026
Pendahuluan
Cloud Space Sdn. Bhd. [Company No.: 202201036977 (1482674-H)] (“Cloud Space”, “we”, “us”, or “our”) is committed to ensuring that the processing of personal data by us is in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 and its amendments (“PDPA”). This Notice is issued pursuant to PDPA and explains how we collect, use, process, disclose, transfer, retain and safeguard personal data.
Cloud Space Sdn. Bhd. [No Syarikat: 202201036977 (1482674-H)] (“Cloud Space”, “kami”) komited untuk memastikan pemprosesan data peribadi oleh kami adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan pindaan-pindaannya (“PDPA”). Notis ini dikeluarkan selaras dengan PDPA dan menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, memproses, mendedahkan, memindahkan, menyimpan dan melindungi data peribadi.
This Notice applies to customers, prospective customers, end-users of solutions hosted or managed by us, business partners, vendors, website visitors, event participants and any other individuals whose personal data is processed by us in the course of our business.
Notis ini terpakai kepada pelanggan, bakal pelanggan, pengguna akhir penyelesaian yang dihoskan atau diuruskan oleh kami, rakan perniagaan, pembekal, pelawat laman web, peserta acara dan mana-mana individu lain yang data peribadinya diproses dalam urusan perniagaan kami.
Where we process personal data on behalf of our customers (who are the Data Controllers), we act as a Data Processor. We process such personal data in accordance with the customer’s instructions and our obligations under the PDPA (specifically the Security Principle). While the Data Controller determines the purposes of processing, Cloud Space implements reasonable technical and organizational security measures to protect such personal data.
Sekiranya kami memproses data peribadi bagi pihak pelanggan kami (yang merupakan Pengawal Data [Data Controller]), kami bertindak sebagai Pemproses Data. Kami memproses data peribadi tersebut selaras dengan arahan pelanggan serta kewajipan kami di bawah PDPA (khususnya Prinsip Keselamatan). Walaupun Pengawal Data [Data Controller] menentukan tujuan pemprosesan, Cloud Space melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang munasabah untuk melindungi data peribadi tersebut.
In the event of any conflict between the English and Bahasa Malaysia versions of this Notice, the English version shall prevail. We reserve the right to modify, update or amend this Notice at any time by publishing the updated version on the Cloud Space website.
Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Kami berhak untuk mengubah, mengemas kini, atau meminda Notis ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi terkini di laman web kami.
Jenis Data Peribadi Yang Diproses
We may collect, store, use and/or process personal data including but not limited to:
Full name, company name, and job title;
Identification number (NRIC/passport where applicable);
Contact information (address, email, phone number);
Banking and billing information;
Login credentials and technical usage data (IP address, device info); and/or
Any limited categories of personal data reasonably necessary for our legitimate business operations, regulatory compliance, or contractual obligations.
Kami mungkin mengumpul, menyimpan, menggunakan dan/atau memproses data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Nama penuh, nama syarikat, dan jawatan;
Nombor pengenalan (No. Kad Pengenalan(NRIC)/pasport jika berkenaan);
Maklumat perhubungan (alamat, e-mel, nombor telefon);
Maklumat perbankan dan pengebilan;
Maklumat log masuk dan data penggunaan teknikal (alamat IP, maklumat peranti); dan/atau
Sebarang kategori terhad data peribadi yang semunasabahnya diperlukan bagi operasi perniagaan yang sah, pematuhan undang-undang atau kewajipan kontrak.
Sumber Data Peribadi
We may collect personal data from you, from your authorized representatives, from third parties, or from publicly available sources, which may include (but is not limited to):
When you contact us in person, by phone, by email, or over the counter (for example, enquiries, complaints, comments, or feedback; we may keep records of such correspondence including interactions via any of our official communication channels);
When you participate in any surveys, questionnaires, competitions, contests, offers, or promotions conducted internally or through appointed third parties;
When you commence a business relationship with us (for example, as a service provider or business partner);
When you visit any of our offices or premises;
When you attend any corporate events organized by us or by third parties;
When you visit, browse, or interact with our websites, mobile applications, or online services;
When you interact with us via social media or interactive platforms, including but not limited to Facebook, X, Instagram, LinkedIn, and live chat features made available by us or our service providers;
When we collect information about you from third parties we deal with or who are connected to you, including but not limited to regulators, payment collectors, contractors, consultants, developers, credit reporting agencies, or financial institutions; and/or
From any other lawful sources, including where you have provided consent for the disclosure of personal data relating to you.
Kami mungkin mengumpul data peribadi daripada anda, daripada wakil anda yang diberi kuasa, daripada pihak ketiga, atau daripada sumber yang boleh didapati secara umum, yang boleh merangkumi (tetapi tidak terhad kepada):
Apabila anda menghubungi kami secara bersemuka, melalui panggilan telefon, e-mel, atau di kaunter (contohnya, pertanyaan, aduan, komen, atau maklum balas; kami boleh menyimpan rekod surat-menyurat termasuk interaksi melalui mana-mana saluran komunikasi rasmi kami);
Apabila anda menyertai tinjauan, soal selidik, pertandingan, peraduan, tawaran, atau promosi yang dijalankan secara dalaman atau melalui pihak ketiga yang dilantik;
Apabila anda memulakan hubungan perniagaan dengan kami (contohnya, sebagai penyedia perkhidmatan atau rakan perniagaan);
Apabila anda melawat mana-mana pejabat atau premis kami;
Apabila anda menghadiri acara korporat yang dianjurkan oleh kami atau pihak ketiga;
Apabila anda melawat, melayari, atau berinteraksi dengan laman web, aplikasi mudah alih, atau perkhidmatan dalam talian kami;
Apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial atau platform interaktif, termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, X, Instagram, LinkedIn, dan fungsi perbualan langsung yang disediakan oleh kami atau penyedia perkhidmatan kami;
Apabila kami mengumpul maklumat tentang anda daripada pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau mempunyai kaitan dengan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengawal selia, pemungut bayaran, kontraktor, perunding, pembangun, agensi pelaporan kredit, atau institusi kewangan; dan/atau
Daripada mana-mana sumber sah lain, termasuk apabila anda telah memberikan persetujuan untuk pendedahan data peribadi yang berkaitan dengan anda.
Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
Your Personal data may be used for the following purposes:
Provisioning and administration of cloud and AI services;
Account management and technical support;
Billing, payment and financial administration;
Compliance with statutory and regulatory requirements;
Internal records, audits and operational requirements;
Security, access control and verification;
Enforcement of our terms of service, contracts, or other agreements;
Debt recovery and credit reporting operations;
Establishing, exercising, or defending legal claims and protecting Cloud Space's rights, property, or safety;
Communication purposes;
Processing participation in events or activities;
Marketing and promotional communications (subject to your right to opt out); and/or
Any other purposes required for legitimate business needs or as permitted by law.
Data peribadi anda mungkin diproses untuk tujuan-tujuan berikut:
Penyediaan dan pentadbiran perkhidmatan awan dan AI;
Pengurusan akaun dan sokongan teknikal;
Pemprosesan bil, bayaran dan pentadbiran kewangan;
Pematuhan keperluan statutori dan kawalan selia;
Rekod dalaman, audit dan keperluan operasi;
Keselamatan, kawalan akses dan pengesahan;
Penguatkuasaan terma perkhidmatan, kontrak, atau perjanjian lain kami;
Operasi kutipan hutang dan operasi pelaporan kredit;
Mewujudkan, melaksanakan, atau mempertahankan tuntutan undang-undang dan melindungi hak, harta, atau keselamatan Cloud Space;
Tujuan komunikasi;
Memproses penyertaan dalam acara atau aktiviti;
Komunikasi pemasaran dan promosi (tertakluk kepada hak anda untuk menarik diri); dan/atau
Sebarang tujuan lain yang diperlukan untuk keperluan perniagaan yang sah atau sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.
Pendedahan Data Peribadi
Your personal data may be disclosed to:
Government authorities, statutory bodies and regulators;
Professional advisers (including auditors and legal advisers);
Insurance providers, payroll processors and other service providers (where applicable);
Banks, financial institutions and payment service providers;
Customers, suppliers, contractors and business partners;
Third party service providers engaged to support our operations (including IT service providers, cloud hosting providers, data centre operators and managed service providers);
Principals or technology partners (including Google Cloud) in connection with our role as a reseller, partner or service provider;
Associated, related or affiliated companies within Cloud Space’s corporate group;
Any party with whom we are under a legal obligation or contractual requirement to disclose such data; and/or
Any other party as required or permitted by applicable laws.
Your personal data may also be disclosed or transferred in connection with a corporate transaction, including but not limited to a merger, acquisition, consolidation, restructuring, sale of shares or assets, investment transaction, or in the event of liquidation or winding-up of Cloud Space. Any such disclosure or transfer shall be carried out in accordance with applicable laws and only to the extent necessary for the purposes of such transaction. Please note that where we act as a reseller or partner for third-party principals (such as Google Cloud), your personal data may be processed directly by such principals in accordance with their respective privacy policies and terms. As these parties operate independently, we recommend that you review their respective privacy statements to understand how they secure and handle your data.
Data peribadi anda mungkin didedahkan kepada:
Pihak berkuasa kerajaan, badan berkanun dan badan pengawal selia;
Penasihat profesional (termasuk juruaudit dan penasihat undang-undang);
Penyedia insurans, pemproses gaji dan penyedia perkhidmatan lain (jika berkenaan);
Bank, institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan pembayaran;
Pelanggan, pembekal, kontraktor dan rakan perniagaan;
Penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik untuk menyokong operasi kami (termasuk penyedia perkhidmatan IT, penyedia pengehosan awan, pengendali pusat data dan penyedia perkhidmatan terurus);
Prinsipal atau rakan teknologi (termasuk Google Cloud) berkaitan dengan peranan kami sebagai penjual semula, rakan kongsi atau penyedia perkhidmatan;
Syarikat bersekutu, berkaitan atau gabungan dalam kumpulan korporat Cloud Space;
Mana-mana pihak yang kami mempunyai kewajipan undang-undang atau kontrak untuk mendedahkan data tersebut; dan/atau
Mana-mana pihak lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Data peribadi anda juga boleh didedahkan atau dipindahkan berkaitan dengan urus niaga korporat termasuk tetapi tidak terhad kepada penggabungan, pengambilalihan, penyatuan, penyusunan semula, penjualan saham atau aset, transaksi pelaburan atau dalam keadaan pembubaran atau penggulungan Cloud Space. Sebarang pendedahan atau pemindahan tersebut akan dilaksanakan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa dan hanya setakat yang perlu bagi tujuan urus niaga tersebut. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya kami bertindak sebagai penjual semula atau rakan kongsi bagi prinsipal pihak ketiga (seperti Google Cloud), data peribadi anda mungkin diproses secara terus oleh prinsipal tersebut selaras dengan dasar privasi dan terma masing-masing. Memandangkan pihak-pihak ini beroperasi secara bebas, kami mengesyorkan agar anda menyemak penyataan privasi masing-masing untuk memahami bagaimana mereka melindungi dan mengendalikan data anda.
Keselamatan Data Peribadi
We shall keep all personal data confidential and endeavour to implement the appropriate administrative and security safeguards and procedures in accordance with the applicable laws and regulations to safeguard against the unauthorized or unlawful processing of personal data and accidental loss or destruction of, or damage to, personal data. While we take comprehensive measures to protect your personal data, we appreciate your understanding that digital transmission involves inherent risks. We remain vigilant in protecting your personal data and will handle any security matters with full transparency and compliance as required by the PDPA.
Kami akan menyimpan semua data peribadi secara rahsia dan berusaha untuk melaksanakan langkah perlindungan pentadbiran dan keselamatan serta prosedur yang sewajarnya selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk melindungi daripada pemprosesan data peribadi yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan kehilangan atau pemusnahan yang tidak disengajakan atau kerosakan kepada data peribadi. Walaupun kami mengambil langkah menyeluruh untuk melindungi data peribadi anda, kami menghargai pemahaman anda bahawa penghantaran digital melibatkan risiko sedia ada. Kami kekal berwaspada dalam melindungi data peribadi anda dan akan mengendalikan sebarang urusan keselamatan dengan ketelusan penuh dan pematuhan seperti yang dikehendaki oleh PDPA.
Pemindahan Dan Perkongsian Data Peribadi
Where we consider it necessary to facilitate our processes and functions under Section 4 (Purpose of Personal Data Processing), we may transfer or share relevant personal data within or outside Malaysia. Such transfer of personal data will only be permitted to be carried out provided that the same is permitted by law and when we are satisfied that there are sufficient security standards to protect the integrity and confidentiality of such personal data.
Sekiranya kami berpendapat adalah perlu bagi tujuan memudahkan proses dan fungsi dalam Seksyen 4 (Tujuan Pemprosesan Data Peribadi), kami boleh memindahkan atau berkongsi data peribadi yang berkenaan di dalam atau di luar Malaysia. Pemindahan data peribadi tersebut hanya akan dibenarkan untuk dilaksanakan sekiranya ia dibenarkan oleh peruntukan undang-undang dan kami berpuas hati dengan tahap perlindungan keselamatan yang mencukupi bagi melindungi integriti dan kerahsiaan data peribadi tersebut.
Pengekalan Data Peribadi
We retain personal data for as long as necessary to fulfill the purposes mentioned in Section 4 (Purpose of Personal Data Processing) in this Notice. Such data will be deleted or destroyed in accordance with Cloud Space’s security policy.
Kami menyimpan data peribadi selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 4 (Tujuan Pemprosesan Data Peribadi) dalam Notis ini. Data tersebut akan dipadamkan atau dimusnahkan selaras dengan Dasar Keselamatan Cloud Space.
Pemberian Data Peribadi Secara Wajib atau Sukarela
It is voluntary for you to provide your personal data. However, if you do not provide the personal data requested, Cloud Space may be unable to provide you with the services you require.
Pemberian data peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak memberikan data peribadi yang diminta, Cloud Space mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan.
Persetujuan Anda
By submitting your personal data, you consent to the use of that personal data as set out in this Notice. Cloud Space reserves the right to revise this Notice as and when deemed necessary. We reserve our right to amend this Notice from time to time based on changes as per the business, legal and regulatory requirements and applicable laws. You may withdraw your consent to the processing of your personal data at any time by contacting us using the contact details below. Upon receipt of such a request, we will cease processing your personal data unless otherwise permitted or required under applicable laws.
Dengan menyerahkan data peribadi anda, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi itu seperti yang dinyatakan dalam Notis ini. Cloud Space berhak untuk meminda Notis ini pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. Kami mempunyai hak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa berdasarkan perubahan mengikut keperluan perniagaan, perundangan dan pengawalseliaan serta undang-undang yang terpakai. Anda boleh menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui maklumat perhubungan yang dinyatakan di bawah. Setelah menerima permintaan tersebut, kami akan menghentikan pemprosesan data peribadi anda melainkan jika dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.
Akses Dan Pembetulan Data Peribadi
Subject to any exceptions under applicable laws, under the PDPA, you have the right to access, correct, and where allowed or required under law, request the portability of your personal data to ensure that the personal data we hold about you is accurate, complete, not misleading and up-to-date.
Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang berkenaan, di bawah PDPA, anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, dan setakat yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, meminta kebolehalihan (portability) data peribadi anda untuk memastikan data yang kami simpan mengenai anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Cloud Space reserves the right to refuse a data access, correction, or portability request where permitted under the PDPA, including where the burden or expense of fulfilling such request is disproportionate to the risks to your privacy, or where the request is frivolous or vexatious, or where the request is technically not feasible.
Cloud Space berhak untuk menolak permohonan akses, pembetulan, atau kebolehalihan (portability) data jika dibenarkan di bawah PDPA, termasuk sekiranya beban atau kos untuk memenuhi permohonan tersebut adalah tidak seimbang dengan risiko terhadap privasi anda, atau jika permohonan tersebut adalah remeh atau menyusahkan (vexatious), atau di mana permohonan tersebut adalah tidak boleh dilaksanakan secara teknikal.
If you wish to exercise such rights, please contact us at Setiawalk, Block D-5-2, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor, or via email at pdpa_dpo@cloud-space.co or phone at +603-86003678. A reasonable administrative fee (to the extent allowed by law) may be charged for processing each personal data access request.
Jika anda ingin menggunakan hak tersebut, sila hubungi kami di Setiawalk, Block D-5-2, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor, atau melalui e-mel di pdpa_dpo@cloud-space.co atau telefon di +603-86003678. Fi pentadbiran yang munasabah (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang) mungkin dikenakan bagi setiap permohonan akses data peribadi yang diproses.